Followers

MY WEDDING | WEDDING CAKE

hola chanteks,
ok, mulai sekarang, setiap jumaat bole la update blog sebab dok sorang2 kat umah (wpun sangat maklum bahawa kain menggunung tak lipat).

this time nak bagi cerita bertajuk
MY WEDDING CAKE

my wedding cake ini adalah sponsored penuh dari my BIL. he is with IKIP International College and his students memang giat ke sana ke mari bertanding cake deco nih.

mula2, mmg macam2 cake style yg aku nak. nak senget lah, nak kaler itu ini lah. but at last, aku nak yg paling simple. asalnya jugak nak 50pcs cupcakes untuk letak keliling cake tu. tapi staff my BIL dah siapkan cupcakes stand tu haaaa... jadi sebab sume pun free, saya pun suka, jadi saya terimalah semuanya dengan gembira. as simple as i want.




taraaaaa.... zara dah cilok siap2 sebab geram....

dalam memilih wedding cake ni, mesti la kita fikir nak yg cantik kan... sedap tu biasanya jadi no.2. in my case, cake tu mmg tak de sape pun nak makan. hhahahahha... tau la kan fondant. mmg chanteks tapi klu nak sedap, kopak fondant tu dulu baru sedap makan kek aje. so, pilih la sebaiknye... tapi tak tau la kot ada org yg suka makan fondant layer tu... huhuhu...

ok dah tak tau nak cite ape.
baiii


MY WEDDING | CANDY BUFFET

assalam chanteks
banyak btul benda nak review pasal kawen2...

this time nak cite sket pasal
CANDY BUFFET

ni la idaman sejak dulu. tapi sampai tak tau la nak buat camana.
dalam masa yg sama carik jugak la balang yg sesuai untuk candy buffet ni.
most of the jars i got from IKEA and SSF.
dekat IKEA, pasti la sangat murah kan and some SSF jars & plate tu beli time sale. so, kalau terasa nak buat candy buffet sendiri, mmg kena rajin carik material yg murah.

sume candies ni my sis yg sponsor. and dia jgk la selenggara buffet ni. alhamdulillah, diorang pun suke dgn idea candy buffet ni. sbb cute. and nak kena ada tenaga kerja ramai jgk untuk jaga... sbb kalau biarkan aje, mmg kalut la buffet line tu.

eh, jom tgk gambar.

simple aje kan



semua candies ni kitorang beli dekat Super Cowboy!!!
orang2 pahang kenal sgt la dengan koboi ni.
dia mmg jual sume harga borong pun.
paling penting, my sis akan cek dulu logo halal sblm beli sume candy ni haaaa... nak beri orang makan kan, beri yg elok2 la kan...

haaaa ini aqeef @ kokif. pengunjung tetap la kan candy buffet ni haaaa... anak sedara aku yg kedua.


and marshmellow ni i bought from my frens. dia jual per 900 gram. murah aje pun tak sampai rm28 gitu kecuali sekarang ni harga supplier dia dah naik la kan....

OK FEW TIPS FOR CANDY BUFFET:

*sediakan BEBERAPA ORANG tukang jaga, tukang refill skali la kan
*sediakan bag or plastic apa je la yg saiz sederhana untuk mudahkan proses bungkus. lagik beso bungkusan, lagik byk org akan ambik kan. so besederhana je ok kot. sume org merasa.
*location buffet pun harus la strategik senang org nampak
*beli candies yg byk type. eg chocolate, candy, lollipops. means tak perlu la berjenis2 coklat di situ.
*dapatkan jars/plates/bowls yg mudah diurus. lagi besar lagi bagus sbb tak perlu kita refill banyak kali.
*oh, si tukang jaga juga haruslah peramah dan mesra kanak-kanak ye.. huhuhu

ok, tu je few tips yg diambil dari pengalamanku dah dua kali buat benda alah ni.
for decorations, utk wedding aku ni, tu je termampu sebab time tu sume dah bz dz. so klu ada masa, prepare la deco ni lebih awal.

alamak, ngantuk la pulak.
nak tidolah.
babai.



MY WEDDING | PELAMINAN + GUESTBOOK CORNER + PHOTOBOOTH

OK PELAMIN TIMEEEEEEEEEE

everything about my 2 pelamins was just like what i want.
seperti yang ramai jugak yang dah tau, pelaminan ku ini dari my fav vendor,

THUMBS UP FOR IHBC TEAM!!!

pelamin nikah kesayangan

tuuuuu dia pelamin sanding kesukaan


aku dah mula bekerja dengan IHBC Team ni since October 2010 masa tu masa majlis tunang aku.
kitorang dealing masa tu via phone aje. dengan harga yg sangat berpatutan, Lea (Zamlea Hamdan) si tauke IHBC pulak kata dia akan buat ikut tema tunang aku skit2 masa tu, aku mmg serah semuanya pada dia je. tapi, turn out masa tunang dulu tu, ya ampunnnn nak pengsan tgk pelamin bertunang ku sgt gojes...

dari situ la aku rasa senang keje dengan Lea & IHBC. diorang memang ikut citarasa dan kehendak pelanggan. since aku senang dengan Lea ni, aku pun suke nak kongsi latest pelamin yg kita kongsikan kat BBF. diorang sgt terbuka dan mmg berani cuba benda yang baru. semoga IHBC terus maju.

PELAMIN NIKAH memang seperti yg aku nak. aku just bagi contoh pelamin, bagi theme color yg aku nak utk pelamin ni. wowwwwwwwww, masa diorang anta panel kayu tu je aku dah seksited. tq IHBC. gembira rasa nak lompat2.

PELAMIN SANDING pun aku bagitau Lea nak yg simple je. sume pun aku serah kat dia. ikut theme majlis.

sekali lagi untuk majlis perkahwinan aku pulak, Lea bagi lebih lagi kepuasan.

GUESTBOOK CORNER + PHOTOBOOTH
Guestbook Corner
 SEMUA diorang sediakan ok. harta aku di situ cuma guestbook, pens and two stand frames tu je. oh, dan juga signage FADILAH FALAH tu.

cute kan IHBC letak ping pong flower tu macam tu.

Photobooth & Guestbook Corner
 oh, dan satu lagi harta aku, canvas tu je. gambar2 dan frame2 lain tu semua IHBC yang sediakan.

oh my BBF sisters in action!!!

Ahh semua la keje IHBC ni memuaskan hati aku.
dan semua yg aku mintak, aku tak tengok sketch ke ape.
mmg kimia bagus btul dgn IHBC nih.
malam lepas akad nikah, aku ke dewan. Lea tengah set up benda alah ni tapi tidak la aku nak tunggu sampai dia siap kan.
tapi bila masuk dewan masa berarak tuuuuu, rasa nak jeritttt je.
SUPERBBBBB!!!

aku mintak sikit, tapi diorang bagi banyak. dengan harga yg sangat berpatutan, aku rasa inilah team terbaik wedding aku.
sebenarnya bukan ini aje.
deco meja makan, walk way & pintu gerbang pun dari IHBC. nanti kita cite lagi ye.
untuk Bride to Be area Pahang, IHBC Team is worth to be hired.you wont regret.
contact them for quotations and book cecepat sebelum diorang lebih padat dengan keje2 kawen ni.

to IHBC Team, YOU ARE GREAT.
TO Lea, NICE KNOWING YOU. Mmmuahhssss!!!

MY WEDDING | BAJU NIKAH & DRESS RESEPSI

assalam chanteks
sementara menunggu suami pulang dari kota menjalani fisioterapi, marilah isi masa dengan update lagi. since ramai yg tanya pasal hal ini (ramai sgt ke?), marilah kita saksikan tajuk review seterusnya iaitu

BAJU NIKAH & DRESS RESEPSI

taraaaaaaaaa.......

oh, love it

awwwww, like it
ok, baju yg telah menjatuh cintakan daku padanya ni adalah hasil sentuhan halus Arejue Wahid. Ajue ni designer/tailor muda. Pernah bekerja dengan Rizalman dan tempat keje terakhir dia adalah di Altilia Amani. Lepas kawen, suami di sini, dia di KL, so dia berhijrah la pulang ke kampung halaman dan sekarang bergerak solo dari rumah aje. dan bertuahnya, Ajue ni jiran belakang rumahku aje.

kain untuk semua majlis aku ni pada awalnya beli kat Su Hua (Semua House) & First Impression seperti yg telah dipaparkan dalam post ini. tapi akibat perasaan tamak teruk dalam diri, tiba2 rasa lace yg dibeli pada awalnya macam tak lawo la pulok.

jadi, untuk BAJU NIKAH, aku beli la kain chiffon jojet (ok tak reti eja) dekat Jakel Kuantan masa tu pada harga lebih kurang RM10.00 je semeter kot. dan Ajue ada tambah lagi beberapa meter chiffon untuk kain kepada baju kurung moden yg ku kira gojes itu. huhuhu.


ni je antara gambar full dgn baju ni buat masa ni.

dan untuk DRESS RESEPSI, just kena tambah lagi kain chiffon dari First Impression tu plus satin untuk lining. sbb nak buat dress, kena la lebih bermeter2 skit kan.

i went to places recommended by Yanie and sependapat jgk dgn dia utk beli meterials yg biasa but i spent more on workmanship.


kedua-dua baju ni mmg seperti yg aku nak. baju kurung moden untuk nikah dan dress untuk resepsi. Ajue pun banyak bagi pendapat dia di samping tak lari sangat dari kehendak aku. 'kita buat gini la kak dila'. 'kita letak tassle skit la kak dila' - aku tau tassle yg kita letak kat bucu bantal hantaran tu je. tapi apsal jadik tak faham plk ntah tassle manik2 untuk baju.. hahaha
bekerja dengan Ajue pun mudah. ye lah dok umah pun dekat. bole la nak datang bila2 masa je kan. lepas fitting2 gatal kat umah, bole anta jap suruh dia ironkan semula.
i just luve every single details pada baju. oh, sorry. btw, dengan Ajue ni dia bukan aje buat baju tapi tudung & veil pun dari Ajue. sebab tu la semua in one set.



she used the same lace on tudung, veil & the dress.
dan tak perlu aksesori lagi di kepalaaaaaa.....




veil tu kalernye off white. so lepas ni bole la consider to rent kot... ada tak kot2 orang nak menjadi penyewa? hikhik

when baju nikah has one layer ropol kat tangan, pada dress resepsi ada dua layers. wpun nampak aku ni macam konfiden aje, tapi takut jgk kot nanti jadik macam perempuan ngandung je pakai baju kawen. maklum la kan plussize bride. tapi dah tgk gambar, macam ok aje kot.




sama jgk macam baju nikah, dress reception ni pun Ajue buatkan tudung n veil skali. kalau tudung nikah Ajue patch lace, tudung resepsi ni dia letak simple manik2 je.

ahhhh aku suke semuanya...
to tell the details about each part of the dresses, oh pastilah aku bukan orangnya. tapi semua details di setiap part adalah kegemaranku. sebab aku rasa sungguh ratu sehari mengenakan kedua2 persalinan ni...

oh, need to know the price? and how to contact Ajue? do PM me ok.

MY WEDDING | HANDBOUQUETS

assalam chanteks
phew, beginilah jadiknya. lama beno tak menconteng di sini.
after lots of wedding preps and lot of things to do after the wedding.

marilah kita persembahkan review on my own wedding yg pertama bertajuk
HANDBOUQUETS

i hav three HB for all three events of those three days.
SOLEMNIZATION + RECEPTION + BERTANDANG

which each of them was
DIY + GIVE AWAY + DIY

inilah my HB untuk malam akad nikah yg telah aku do-it-myself
presenting.......
my fabric flowers HB

credit to Boyd Naji - my cousin

yes, made it myself.
terpikat dengan famous HB by filhshotartifact. then i browse few fabric flowers tutorial and found few types of fabric flowers. so to make it different, ape la salahnya buat different types of flowers kan,
alhamdulillah, HB ni berjaya disiapkan a few months before majlis lagi. sepatutnya kalau nak lagi cantik, harus la lagi byk kuntum. tapi larat buat 21 kuntum je. so jadik la HB lollipop gitu... hikhikhik

credit to my OP

and for the reception, it was by my beloved BBF Lyana MK. sayang ko makkkk.
HB ni sebenarnya giveaway untuk contest yg yana buat lama dulu. baik hati kan orang buat contest2 ni. it was sweet williams and i love it very much!!!
1st time tgk bunga ni masa majlis bertandang Yana. ya ampun, tak penah tgk ok tapi chomelll.

credit to my OP
 emmmmm suwittttt kannn....
penat yana dengan keadaan mabuk2 baby bawak HB tu. tunggu aku yg datang lambat kat dewan lagik.
thanks a bunch mamamamamamama.

credit to my OP

and last but not least,
my another DIY HB for majlis bertandang.
it was a felt roses HB.
senang sgt nak buat. bahan pun dari daiso je. letak manik2 sket. pastu bila dah cucuk2 nampak plk hb tu rongak, cucuk lagik plk dgn butterflies... hhehehehe taktik.. taktik...


credit to my OP
suwittt tak?
cakap la suwitttt....

after all, puas hati sgt dgn semua HB. suke sangat. jatuh chenta sgt.
(eh asyik credit to OP tapi tak review pasal OP.. nanti la ehhh)

nak review ape lagi ntah lepas ni....