Followers

Happy Birthday, Darling!!!

assalam chanteks,
tak de yg menarik tentang persediaan perkahwinan.
last two days, menyambut ulangtahun keempat hubungan ni...
dan hari ni,
21 APRIL 2011,
menyambut ulangtahun kelahiran yang terchenta itu pula...
My Falah turns 38??!!!
ahahahha... dah tua kan..
birthday terakhir sebagai si bujang...

i gave him a bear with chocs, a birthday treat at Secret Recipe and baru je tadi dia pulak belanja me & kawan2 steamboat... yummmm
sorry tak de hadiah hebat2 seperti tahun2 sebelum sebab petunang perempuan dah menjadi perantin bajet... hikhik...

sebelum balik tadi, bercakap sekejap dgn my bou
'hari ni u 38, kalau cepat rezeki kita tahun depan dah ada anak (verangannn.. ameeen), anak kita darjah satu, u dah 46"

tak de ape pun isu nak dibangkitkan. cuma nak diingatkan bahawa umo kitorang ni dah ujung2 sket la kannn... tapi dengan tenang dia menjawab

"dah rezeki i macam ni... tuhan punya, baru sekarang dia bagi i. andainya dulu lagi i dah kawen atau sekarang dah punya anak, mungkin masa tu i tak bersedia lagi, atau mungkin i tak cukup lagi untuk terima tanggungjawab tu... sekarang ni insyaAllah dah cukup"

terkesima sekejap.... dia sambung lagi..

"insyaAllah, ada rezeki untuk kita..."

ye, InsyaAllah... rezeki itu tuhan yang punya... hanya dia tahu bila rezeki tu nak diturunkan kepada kita....

Hari digalakkan akad nikah!!!

salam chanteks,
ingat tak dulu pernah dikeluarkan oleh penulis blog ini tentang tarikh pernikahannya yang dikatakan diragui si emak?

haaaa tadi selak2 blog Handbag & Necktie dan terjumpa la post berkaitan hal berkenaan. legaaa bila terbaca bahawa hari yang digalakkan akad nikah adalah pada:

HARI JUMAAT & BULAN SYAWAL

LEGAAAA... alhamdulillah...

Hari Jumaat adalah segal penghulu hari bagi orang muslim, jadi tak perlu lagi la diragui akan date tersebut kan dan petikan ini juga disertakan di dalan post tersebut:

Aisyah menyukai perkahwinan dalam bulan syawal.
"Rasulullah menikahiku pada bulan Syawal dan berkumpul denganku pada bulan Syawal, maka siapa di antara isteri-isteri beliau yang lebih beruntung dariku?"(Hadith riwayat Ahmad dalam Musnadnya, VI/54, Muslim dalam sahihnya II/1039, kitab nikah, hadith no. 1423, At-Tirmidzi dalam Sunannya II/277, Abwab Annikah, hadith no 1099 dan beliau menyatakan "Ini adalah hadith hasan sahih". An-Nasai dalam Sunannya, VI/70, kitab An-Nikah, bab PERNIKAHAN PADA BULAN SYAWAL. Ibnu Majah dalam Sunannya, I/641, kitab An-Nikah, hadith no 1990)

jadi, perantin2 lepas raya, tak de la salahnya di mana2.. cuma dulu tersentap sebab mak pulak cite dia ada terdengar tentang itu ini...
walaupun hal itu tidak dibangkitkan pun lagi dan lagi oleh mak.. sekali tu je la... tapi sekarang sangat lega...

ok sekian
sharing is not scaring!!!
keep sharing chantekssss


Today is Our 4th Anniversary!!!!

salam chanteks,
wahhh sudah empat tahun kami bersama
sekejap sangat rasanya...
baru lagi rasanya main jeling2 sengih2 kat tempat keje
baru sangat lagi rasanya date pertama itu...
baru sangat lagi rasanya berjumpa bakal mak mertua on our first date
dan tak sangka, semua pertama kali satu masa dulu, masih segar dan diperkuatkan lagi tahun ini...
zaman 2007 dolu2
oh, manissssssssss
mujo betul jadik mak mertua kannn... berani sangat bawak2 jumpa mak trossss time first date dulu...

2009 - beach beach vacation
2010 - engaged

semoga segalanya dipermudahkan
semoga semua berjalan lancar
semoga dipanjangkan lagi jodoh ni hingga hujung nyawa

Through “thick and thin” – sharing the goods & the bads… sharing eternal love as long as we live…

Abou Falah Ahmad,
I LOVE U, my bou....
Happy Anniversary!!!
mmmuahhhhssssss

DIY itu memang jimat tapi harganya adalah KEGIGIHAN

assalam chanteks...
wahhhh, sudah seinci tebalnya habuk di sini...

2 minggu tanpa kata.
tak de pe progress on my wedding.. yang light2 aje la ade nye + sekarang sedang sibuk menyibuk membantu persediaan perkahwinan sepupu my falah. haku amik tender buat hantaran babe... (gambo hantaran bajet rendah yg pernah ku post di BBF few weeks back)

memandangkan tidak mahu habiskan uwang lebih2 untuk wedding, more & more DIY mahu ditambah utk tujuan itu:

DOORGIFT DECO (20% done -kot)

PELAMIN NIKAH (paper flower sgt hot kan)
source Google

TUDUNG & VEIL (sangat teruja tengok Si Gaun Putih punya DIY)
www.sigaunputih.blogspot.com

CENTERPIECES (tin2 sudah banyak emak kumpulkan)
source: Google

PHOTOBOOTH (sudah sub-con pada one of my BFF)
source: Google

GUESTBOOK (mahu cari digital frame yang murah)
source: Google

KASUT (bahan sume dah ada - tindakan je tak jalan2 lagi)
source: Google

DESSERT TABLE (sub-con kepada my sisters)
source: Google


ROOM DECO (white + turquoise)
source: Google


seperti sedikit sahaja, tapi kuantitinya, harap maklum..
mohon pada tuhan semuanya dipermudahkan untuk kita... 
kerja2 DIY ni memang la jika dikira-kira memang insyaAllah akan menjimatkan kos kita, tapi harga yang perlu dibayar ialah - KEGIGIHAN kita!!! bukan senang kan... walaupun kadangkala benda2 ni boleh dapat di kedai yang dah siap, tapi magic touch dari jemari sendiri itu kesannya... thanks pada sume BBF yang banyak sangat kongsi idea & tak kedekut kalau kita nak buat benda yang sama... syukur sangat diperkenalkan kepada insan2 begini...

bunch of thanks jugak untuk adik beradik yg dah start tolong2... (but semalam buat alas hantaran styroform bentuk bantal tu, tapi apsal rasa mcm buruk je haku buat? hikhik)

doakan saya ye kawan2... mohon DIY ni menjadi... dan menjimatkan, juga melancarkan majlis
p/s: dah decide nak pakai BLACK!!! untuk majlis bertandang.... tadi tiba2 mummy kata, bertandang kita buat malam BBQ nak? NAKKKKKKKKKKK!!!!! (tapi suka hati family diorang la kan... tapi bestnya klu dapat kambing panggang tuuuuuu...)



Blogger Brides Forever 1st Gath

salam chanteks,
phew, sangat penat tapi berbaloi2...

the event went well, i guess.
semuanya hebat!!!

WELCOME SIGN ITU SANGAT LAWO
DOORGIFT TERBAEK
GAME BEST
MAKANAN SEDAPPPPP SANGAT
DAN KITA HEBAT!!!

macam excited sangat nak gath ni... i went there with Liza & Yana. jumpa diorang dulu and ke GM Plaza.. larik tros ke Shah Alam bila tengok jam dah kul 1.10pm..
sampai kat Taman Botani a.k.a Bukit Cerakah tu, sengal2 la pulak gi naik bas round Bukit Cerakah tu dulu haaa... mujo la ramai jugak yang sengal2 manja bersama.. hikhik

here are few photos to enjoy.
selok amat sampai di akhir siaran baru nak kuar camera.. so ape yg ade ajelah...



kali pertama bersua... Put & Yana

lembut sungguh Kina & keciknya Nadya (i tot u tinggi okeh) 



deco2 juga chantekkkkkkkk

my team No.4 - Nora, Hana, Atiey & Narz

ala2 chenta - the sign welcoming us...

perantin sama date

PahangB2B!!!

East Coast B2B... hikhik

Galok B2B

Temerloh B2B

and this is miss doily - Nadira!!!
akhirnya, bersua juga kita kan... sangat gumbira walaupun aku agak segan2 jugak la sebab even dgn Liza pun ini la kali pertama jumpa.. plus ramai jugak 1st batch BBF yang kenal each other before the gathering kan.. sebab dah slalu jumpa kat wedding2...


Liza & Encik Risik dia... oh, dan tangan Lyana Mk yang mungkin sedang menari bersama BBnya di situ
lepas je gath. kitorang ke selayangku sayang.. menjamu light2 meal kat gerai Liza bersama bakal suaminya... kerang bakar + otak2 + tauhu bakar. Liza pun ada jual Mee Bandung tau tapi akibat kepenatan yg amat, tak mampu nak telan.... 


berkunjunglah ke gerai Liza ni.. dekat Selayang, utk keterangan lanjut, sila lah hubungi Cik Aliza Johan...


ok kawan2... 
jumpa lagi di lain rancangan.. daaaaaaaaaa