Followers

Contanct Lenses - 2 pairs for RM100

salam chanteks,

ok obviously nak jual dua pasang contact lens ni. i have: 

a pair of Freshlook ColorBlends Grey 

a pair of Freshlook ColorBlends Green


Power: 350
Diameter: 14.5

2 boxes / 2 pairs = RM100 + FREE POSTAGE!!!

beli contact lenses ni untuk nak pakai wedding nanti.. beli awal la kononnye. tapi lepas beli, gi check mata, power mencanak2 naik pulak... kepada 500++.. jadi, mmg tak bole pakai langsung dah la yang ini.. these color memang recommended sebab tak de la nampak pelik sangat kaler nih...

siapa berminat, do email me okeh.
fadilah_b@yahoo.com

both tak bukak lagi dan pasti la tak pakai lagi kan...

Jom Beli InnerShine Berry!!!

hye chanteks...

ramai yang makan InnserShine (makan ke minum?) untuk kesihatan kan.. nak2 untuk kita2 nak kawen ni yang mahu nampak berseri dan bersinar matanya di hari bahagia...
last Thursday pegi Guardian, nak dapatkan InnerShine Pati Beri - since rabun mata yang agak mencanak-canak teruk sekarang + nak mata bersinar katanye... pilihannya, ada in a box (pack of 6) dan satu lagi dalam beg chomell dia (pack of 8). tak tau la ape sakit la Guardian tu kan, bole diorang tak letak tanda harga.. sokmo gitu!! nak bagi free je kat kita agaknye. (dah tak letak harga, consider free je la kan..)
tapi pack-of-6 ada la tag RM23.90. then i asked a SA, dia kata pack-of-8 tu "ini dalam rm32.00" - bole pulak dia buat anggaran je kan.. tak suka dgn SA sengal di situ, i went to Watson. kat sini tak payah tanya2. orang pun tak ramai. SAs sume sibuk nak berborak sesama dia je.. hikhik (ini post pasal produk ke pasal tak suka SA ni?). Lucky me kerana tidak pantas sangat main grab aje kat Guardian tadi, pack-of-6 is just for RM20.90 and pack-of-8 RM32.90. as my bou kata, beli la sikit dulu... so, bagi melatih diri mendengar kata bakal suami (uweekkk..), i bought myself InnerShine Pati Beri pack-of-6 for RM20.90. Means that satu botol dalam less than RM3.50.
tadi meroyan lagi gi Watson, this time kat tempat lain pulak. usha2 lagik... pack-of-6 sama je harga dia... dan jeng jeng jeng... tengok pack-of-8 is just for RM27.90!!! haaaaa, walaupun kali ni still gi dgn my bou, grab sahajalah.. dia bukan tau keinginan tinggi aku nak punya mata bersinar ni haaa.... hikhik
so, i not aku ada pack-of-6 + pack-of-8 = 14 bottles. and i got them all for RM48.80. ok la kan... tapi rasanya kalau beli pack-of-6 tu dua kotak trus, lagik berbaloi kot kan? oh, pack 8 tu dpt beg chomey, kos itu  la kita tanggung sket...
jom beli sayangsss... 

p/s: pas ni nak try prune essence pulak....




Kerana Hana Tajima!!!

salam chanteks!!!
haaaaa.. title kemain kan.. hikhik...
Kerana Hana Tajima.... saya tukar layout blog untuk entah ke berapa kali.... hikhik
actually tadi kat wall BBF Lisa - Khalisa Johari telah menyatakan bahawa: 


"i think i saw ninie ahmad kat bangsar td.but i definitely sure i saw hana tajima depan devi's.tall n beautiful nye dia. terus rs nk pakai tudung style 
hana tajima.hahah"



membacakan post itu, teringat kat Hana Tajima & bukak la her webpage. tengokkan page dia tu cam calm aje.. cool aje gayenye.. dengan white+grey theme layout.. jadi dengan itu, konon2 nak jadik la secool dia.. padahal tak layak langsung masuk list orang cool.. geng sekalut bole...
always adore her style... style yg tak mampu la diri ini ikut kannnnn.... pakej lengkap. chantek, fashionista but still tutup aurat... lengkap di mata ini lah.. dari segi lain, tidak tejangkau la kita nak nilai pulak kan... kalau le aku yg pakai tudung mcm dia ni, abislah serabut rasanye... tapi apsal dia pakai chantekkk je? 
hikhik.. aku ni mmg la kurang tetap pendirian, sape ade doa untuk tetapkan hati ni? sebuk nak ikut2 orang kan.. dia selebriti.. aku? hikhik


p/s: title ni mungkin patut ditukar menjadi 'Kerana Khalisa Johari...'

Design Baju Pengantin Plus-Size?!!!

salam chanteks,


haaa part ni mmg tak fikir lagik.. jadi mmg la kena fikir dari sekarang.. dalam nak ikut trend2 pengantin cantik dan ramping dan langsing juga kecil molek di luar sana tu, sekarang kena fikir bahawa design baju untuk aku dan mereka TIDAK SAMA!!! bukanlah totally tak sama.. tapi kena banyak blaja tip2 untuk tidak  diri ini lebih rendang dari biasa.. hikhik..


cari2 jugak gambar2 baju pengantin plus-size ni tapi plus-size gown banyak la + design utk pengantin melayu tak berapa jumpa sangat.. itu salah sendiri.. dok carik gambo aje.. carik la webpage kan... dalam pada nak bijak2 prepare macam2 tu, ada jugak la part sengalnye...


walking2 web to web, blog to blog tadi, terjumpa la page ni yang tak penah pun ku jejak sebelum ni.. http://bakalpengantin.com dan terjumpa la satu artikel bertajuk 'XXL BUKAN PENGHALANG UNTUK PERKAHWINAN ANDA" - ok, terus rasa perlu baca!!! sudah la jgn banyak membebel, mari baca beberapa tips yang telah diperolehi dari diorang nih (oh, anda yang slim, tak amik perhatian pun takpe * i jelesssss):


1. Semasa memilih busana persandingan, anda digalakkan untuk mencari teman yang berfikiran positif.  - untuk bagi kita semangat dan pandangan positif la semestinya kan...


2. pilihlah fabrik lace yang lembut dapat membuat badan anda kelihatan kecil. Elakan fabrik yang keras seperti kain songket dan baldu. - baldu? TIDAK MAHU!!!


3. Penggunaan ‘vale’ atau layah kepala perlu labuh dari punggung ke bawah.  - vale? veil lah... untuk nampak lebih tinggi katanye. eh klu labuh tak nampak lagi rendang ke aku ni nanti?


4. Pilihan yang sesuai ialah warna yang lebih gelap - alaaaa, pastel kaler nampak lagik gemuk ke? uwaaaaaa...


macam dia ni ok je kot kan korang? tapi dia tak pakai kaler gelap pun... tapi aku taknak kaler putih gini.. takut nampak lagik gemssss...

and the best para from this article is:


"Anda perlu memberi keyakinan terhadap diri bahawa andalah yang tercantik pada hari perkahwinan anda. Tanamkan sifat positif dalam diri anda iaitu kecantikan bukan sahaja kerana anda ramping atau mempunyai bentuk badan yang menarik, sebaliknya kecantikan berasal dari hati yang suci disertai dengan persiapan yang menarik dalam majlis perkahwinan khas untuk anda."




Yes, i do agree with that.. dan akan mengambil tips2 ini untuk persiapan baju2 hari bahagia nanti...


tapi nak design yg macamana? tengok orang pakai dress, chantek betoi tapi takut nt nampak lagi gemuk je aku yg chumel ni... any ideas ladies? 


adakah chiffon adalah fabrik terbaik untuk tubuh badanku ini? i wont go for baldu & songket. tapi kaler pulak nanti macamana? hadoi, dah siap2 pilih kaler, dia suruh pakai kaler gelap pulak. kan dah goyah hati ni...
akad nikah mungkin la akan consider baju kurung moden tapi untuk resepsi? tak de idea.. takkan nak baju kurung moden jugak kottttttttt...


uwaaaa,,, tolongggggggggggg.....

Tak Boleh Berkahwin Antara Dua Khutbah?

salam chanteks,

tidak la pening sangat tapi tengah goyah skit je laa.. skitttt je...

the wedding will be on 17th September, 2011 - insyaAllah.
and the date is after aidilfitri and before the aidiladha.. =)

again, since mak agak bz dengan kehadiran cucu baru dalam family, so kitorang tak de la bercakap sangat pasal our wedding.. 7 bulan akan datang.. takkan nak cakap pasal my wedding je hari2 kan. hikhik... tadi lepas maghrib masa tengah lipat2 baju dengan mak & my sis, mak tiba2 bersuara 'mak ade dengar orang kata, tak elok kawen antara dua khutbah' - means that antara aidilfitri & aidiladha.. jeng jeng jengggggggggggggg.... jem kepala kejap.. hahaha

kata mak lagi, beliau telah memaklumkan perkara berkenaan pada abah and abah pun kata dia penah jugak dengar orang agama cakap macam tu.. tapi, nanti dia akan dapatkan kepastian dari orang-orang yang arif... tambah mak lagi, kita tak digalakkan berkahwin pada waktu tu melainkan terpaksa contohnya kena kahwin sebab dah kena tangkap khalwat ke dan sebab2 sewaktu dengannya... tapi mak kata, itu dia dengar je, tak dapat kepastian lagi.. sebab kita zaman sekarang ni amik date yang mudah orang lain pun datang ke majlis kita.. 

my sis pulak kata, abis tu takkan la tak bole kawin? selama ni ramai je orang kawin lepas raya... itu la mak kata, nanti kita dapatkan pendapat orang lebih arif.. katanya, ada jugak orang kata makruh berkahwin sebelum puasa? jadi, bila baru bole kawen ni? hikhikhik

i hope everything will goes well. i pun tak google la ape2 lagi tentang isu ni.. biarkan mak abah dapatkan pendapat orang2 arif dulu.. dalam kita nak semua orang bole datang majlis kita, hukum agama pun jangan biarkan kan.. so, i taknak menggelabah sangat.. i hope, hukum penetapan tarikh dalam Islam digunapakai mengikut kesesuaian zaman...

everthing will goes well, i hope!!!

Majlis Bertandang kah?

hye chanteks

takde pe nak buat malam ni... daripada tengok Mentor gelakkan orang tu, baik masuk bilik online sampai lebam dan bagun lambat sok... (oh, dah berazam nak tido seawal 11pm agar tidak rasa tak cukup tido bangun jam 6am) - nak chantek kena tido 8jam kan.. hikhik

mak in green & mummy in blue

ok, kesahnya tak tau lagik ada majlis bertandang ke tak. sebab his side tak discuss lagi. tapi menurut sejarah keluarga mereka, majlis bertandang tidak diadakan besar-besaran atau tidak ada langsung.. jika ada pun sekadar majlis kecil-kecilan di kalangan keluarga dan rakan-rakan karib sahaja. BAGUS!!! hikhik..

bole tak jika saya kata camtu.. suka sangat kalau majlis bertandang simple2 aje sudah kerana

1. Less Cost!!! - takyah spend duit2 lagi on bertandang items which is sama dengan je dgn resepsi..

2. Saya MALU!!! - malu la weh... walaupun saya ni over confident katanye, tapi mesti penat nak tersipu2 lagi dan tersengih2 lagi untuk kali kedua selepas majlis resepsi... bole ke gitu? hikhik

3. PENAT!! - walaupun tak menghadapi lagi majlis resepsi dan tidak pun lagi menghampirinya, tapi mesti penat lagi nanti kan... akad dah penat, reception penat, bertandang dah jadi 3 kali penat (pemalas tolong kemas2 sebenarnya... hikhik)

EVERYTHING IS DOUBLE!!!


since sekarang my mum pun bz dengan cucu baru and his mummy pun bz menjaga Mak Tok yang terlantar, jadi perbincangan kedua-dua family tak de la lagi.. kitorang ni kiranya pepandai bergerak sendiri je la buat masa ni... ape yg bole buat dulu, buat la kan..

tapi ade dengar kata dari his sis yang ada hajat mummy nak combine kenduri (which is my mak sangat taknak - dia dah mention awal2) dan mummy kata lagi "kalau susah2 sangat, buat je kat hotel tempat Abang (my fiance itulah) jelah." - oh no mummy, tak nakkkkkkkkkkk....

i have my own reason why. staff2 hotel tu kebanyakannya kawan2 kitorang jadi, tidak mahulah rakan-rakan bekerja untuk kitorang pada hari tersebut.. bole ke gitu? ke mcm alasan ngade2 sangat? kesian la kat kawan2.. kita nak gather sama2.. takkan diorang bersusah payah pulak utk kita.. klu buat kat umah, kita ada team sendiri kan... (kat team sendiri tu tak kesian ke?)

buat masa ni, reception at his side mmg takde lagi dalam list. takde bincang ape tema, ape nak pakai.. ape2 jelah sume takde.. tapi tak tau la kot utk anak buntat kesayangan mummy dan adik manja Sis Famie, diorang akan buat jugak.. (eh, untuk sambut menantu idaman ni tak letak as reason ke?...) but i hope, there will no majlis bertandang.

sekian, terima kasih.

The Perfect Title!!!

salam chanteks.



camana dengan persiapan masing2? tetiba je tanya kan.. hikhik..

ok, since i penah post kat our group wall yang i sangat la nak mencari2 title untuk our wedding such as Kisah Kasih, Hikayat Cinta, Cinta Kita, Raikan Cinta etc, i dah dapat la satu title yang geng BBF jugak la yang suggest, hikhik.. kira dah setuju la dengan cadangan tu, tinggal nak guna je la kan.. sekali tengok ada la jugak orang lain yabg baru guna title tu.. so cancel la title cadangan anda ye kawan sejatiku.. Maaf ku tak bisa, memilih title mu......

so, i went through the net, carik la title2 menarik untuk wedding dan pasti la sumenye omputih kan.. tapi why not.. guna je la untuk blog title, rubberstamp ada nama kita tu, letak la title skali.. dan segala wedding title tu ku jumpa di sini http://www.theperfecttitle.com/love/Love.shtml dan dicopy seperti di bawah:



Titles:

A Heart Full Of Love
A Dream Come True
A Hug A Day Keeps The Meanies Away
A Love Story
A Piece Of My Heart
A Time For Love
All You Need Is Love
Addicted To Love
As Long As A Bunny Has A Tail, My Love For You Will Never Fail 
Basketful Of LoveBit By The Love Bug
Boy Meets GirlBucket Of Kisses
Can't Buy Me Love
Can't Take My Eyes Off Of You
Circle Of Love Is Never Ending
First Love
First Impressions
For All Eternity
From My Heart
Gimmee A Kiss
Happiness Is Being Married To Your Best Friend
Happy Heart
Heart’s Desire
He's Making Eyes at Me
How About A Kiss
How Do I Love Thee, Let Me Count The Ways
How Sweet It Is To Be Loved By You
Hug Me
Hugs & Kisses
Hugs And Kisses, Please
Hugs And Kisses, Stars For Wishes
I Loved You The First Moment I Saw You
I Only Have Eyes For You
If I Could Reinvent The Alphabet, I Would Put U And I Together
I'm In The MOO-d For Love
I'm Yours
It's In Their Kiss
Key To My Heart
Kiss Me
Laugh Often Love Much
Light My Fire
Live Well, Laugh Often, Love Much
Loads Of Love
Looks Like We Made It
Lovable, Snuggable Hugs To You
Love At First Sight
Love Blooms
Love Blooms Here
Love Bugs
Love Is...
Love Is A Work Of Heart
Love Is In The Air
Love Letters
Love Notes
Love One Another
Love Will Keep Us Together
Love Ya
My Favorite Place Is Inside Your Hug
My Heart Belongs To Mommy/Daddy
My Heart Explodes For You
My Heart Flutters For You
My Heart Is Full Of Love For You
Playing For Keeps
Sealed With A Kiss
Signed, Sealed, Delivered, I'm Yours
So This Is LoveSweetheart
Sweetie Pie
Thumbody Loves Me
Thumbody Loves You
Two Hearts Become One
When I Count My Blessings I Count You Twice

Wild Thing, I Think I Love You
Wild Thing, You Make My Heart Sing
With You Is Where I Like To Be
XOXOXOXOX
You & Me... So Happy Together
You Fill Our Days With Hugs And Kisses
You Have To Kiss A Lot Of Frogs
You Have To Kiss A Lot Of Toads To Find A Prince
You Have My Heart In Your Hand
You Make My Heart Leap
Your Love Hits The Bull’s Eye
Your Love Is So Bright, I Have To Wear Shades
You're Still The One

sangat banyak pilihan kan.. so, bagi sesape yang mencari2 title untuk wedding, bole la pilih yang mana mahu. kalau translate ke malay pun ok jugak.. janji kita jumpa simple + suit words... 

seronoknya buat keje kawin ni kan... every details kita akan cari sampai puas hati..

selamat mencuba sayangsss....

Mothers are SuperWomen + SuperMan!!!

salam chanteks...

just came back from sambutan Maulidur Rasul at school. Not really tiring but been impressed by perents who were coming.. ramai sambutannya.. Alhamdulillah...

ok, my sis baru je delivered a baby girl & now having her confinement period at our house. so, my sis + 1st son (Alif) + 2nd boy (Aqeef) and the new baby girl (Adelia) are at home.. meriah rumah sekarang ni. kalau tak tu it was just mak, abah & me.



memandangkan my sis pun baru lagi melahirkan, jadi urusan 2 orang boys dia tu i amik alih la skit2. Alif is 7 and obviously in the same school with me for his ibu's 3 months meternity leave and the Aqeef yang dah bosan dok umah Wan tak de kawan tu pun i jaga la skit2 mana patut...

PAGI
kejutkan Alif + make sure dia pakai baju (tak berangan) & kemas ke sekolah + angkat beg dia anta gi class + tengokkan dia waktu rehat (tp awal2 dulu je) + bg dia makan ringan2 (nt lapau plk blk skolah lmbt) + gi beli eskrem dulu sblm blk skolah + balik umah

TENGAHARI
pastikan dia bersiap nak g KAFA pulak dah + tunaikan ape bekalan yg dia nak bawak gi KAFA + melayan Aqeef + marah Aqeef suruh dia tido.. Mak De nak online pun susah.. hikhik

PETANG
siapkan diorang ni mandi + pakaikan baju + bla bla bla + aktiviti petang, atok amik alih

MALAM
bagi diorang dinner + cek buku Alif utk jadual esok + pastikan homework siap!!! + layan si Aqeef jgk... blablabla.. marah diorang lagi soh tido

bila baca ni, rasa macam simple sangat je keje nih. the rest of their activities diuruskan oleh my mak & abah eg: ajar ngaji malam, jenjalan petang etc.. tapi melayan kerenah diorang, rasa mcm nak lempang je diorang ari2.. hikhik

ini baru sikit dan baru 2 minggu, wat i can say is = SANGAT PENAT!!!

camana la nak jaga anak sendiri ramai2 kan. padan la wanita ni mampu menggoncang dunia.. superwoman je bole buat sume ni.. ini baru utk period yg sekejap. pun dah rasa tak larat. sekarang i tak mampu dah tido lewat sangat.. penat badan okeh.. itu tidak termasuk menjaga baby lagi.. adoi, bole mati la ini macam..

tapi bila difikirkan, hebatnya mak2 kita atau wanita2 dulu pun yang ada anak ramai.. ape lagi yg bekerja.. uruskan anak, jaga suami, makan pakai nak kena settle,gi keje, balik uruskan umah...

uwaaaa... mampukah nak jadi Superwomen juga nih? terlalu tinggi skill, passion & risikonya nih...

salute berkali2 pada sume wanita2 dunia... =)

Customized Our Love Name Pillowcase!!!

salam chanteks!!!


chantek tak pillowcase ini? sungguh chomel kan.. bole la letak nama kita & hubby-to-be kat atas tu & letak kat atas katil perantin kita kan.. i found this at http://suezirboxes.blogspot.com/.. sangat seswai la rasanye utk kita2.. tapi kan kita dah pre order pillowcase 'Always Her King' + 'Always His Queen' tu...

this blog jual banyak barang2/gift. this promotion i tgk untuk Valentine's Day.. order pun dah close rasanye. but this is for the Valentine's sbb pillowcase ni comes with cute packaging.. purposely untuk bagi kat our partner kan.. Valentine's gift katanya..

so, ada sape2 berminat? try la tanya diorang. i dah order pillowcase kat Qist tu tapi bole je kan kalau nak order lagi, pillowcase ni tak semestinya guna masa majlis kawen2 kita je, masa dah kawen pun bole guna.. semarakkan cinta suami isteri!!!! hikhik.. memandai je...

Baju Kahwin Saya Nak Pakai Warna Ape?

Hye chanteks,

Fenin firina la nak fakir wat color to wear on solemnization & reception. Tema majlis dah ada, we chose TURQOISE + GREEN. Pada asalnya nak tema GREEN + PURPLE + AQUA, tapi bila fikir byk sangat combination tu, so kita amik focus color lain.. nak add here & there a bit with purple tu, nanti la buat kan

source: google

Ok, basicnya me & my bou punya saiz yg kontra.. aku ibu jari, dia jari anak kecik.. hikhik… aku daging, dia tulang. Kalau dah berkenan kan.. jodoh.. so, dia perlukan kaler2 soft untuk nampakkan dia tak kurus sangat / a bit berisi dan aku perlukan warna sedikit gelap untuk minimizekan size yang chomell nih…

Untuk akad nikah, mungkin kitorang akan pakai turquoise. Ala-ala Elyana & Khairul la kononnye… my bou yg buta industry hiburan Malaysia tu yg pilih. Tak sangka plk ada taste jugak mamat ni.. dia nak kaler tu bila ternampak baju melayu turquoise kat satu butik kat SACC Mall tu.. so, as sebelum ni sume aku je nak jadik queen control nak tentukan sume, kali ni bagi la peluang kat dia kan.. sampai dia kata ‘I pun ada impian perkahwinan..’ wah.. melawan kan..

                             ok, tolong bagitau, turqoise kah? baby blue kah? firus kah? apakah?

So, untuk akad nikah, tema kaler dah tolak tepi. Considered done aje la kot kan.. hikhik.. pasni pening carik kain pulak.. turquoise tone ape pulak nak cari nanti…

So, our problem now is – color for our reception outfit.

Kitorang penah setuju untuk pakai grey.. is it ok for him yg sangat kurus, and is it ngam with me yg plussize ni? Perempuan nama Fadilah ni pulak ada lagi keraguan kot grey dah tak in untuk 2011 wedding trend.. wah, berlagak macam selebriti kan.. nak ikut trend sangat..

My bou penah suggest :

soft pink –        bertunang aritu dah pakai pink! – REJECTED
black –             hey, tak sedar ke dia tu kurus, and nanti orang tua kata berkabung plk dah – REJECTED
red -                 not my fav color – REJECTED

terlalu memilihkah aku?

                                 ini kaler ape? amik kaler ni & patch colored lace ok tak ni? 

Aduh, kalau pakai CRÈME untuk reception ok tak untuk tubuh badan aku ni?

Uwaaa, TOLONGGGGGGGGGG!!!

Kami meraikan 14 Februari...

salam chanteks!!!


ini lah dia blogger yang nak sangat berblogging tapi malas nak update. camana? hehehe...



this monday is Valentine's kan? Happy Love Day, everyone!!! 

secara jujurnya, aku & sidia menyambut 14th Feb. betul. sejak awal perkenalan sampai la sekarang. sebab pada kami, tarikh tu adalah kenangan paling manis dalam sejarah hubungan kitorang... masa tu, kitorang tak bercinta pun lagi.. masa tu, aku pegang post HR (lepas practical di tmpt sama) dan dia as a cook. masa tu, macam baru2 nak berputik manggis.. hikhik.. masa tu jugak, rasa seronokkkk sangat pegi keje.. sebab masa tu la moment2 baru jatuh chenta ngan dia.. katanyer...

14 Februari, 2007 - after had our morning breafing, di kala aku baru nak masuk pintu ofis, jeng.. jeng.. jeng.. ada cokolates berikat ribbon kat depan pintu.. owh, suwitnye dia kan.... malu2 saya dibuatnya... dan sebagai balasan, i bought him 6sticks of toblerone... ikat2 ribbon jugak.. konon2 nak suwit jugak... hehehe.. koya2 di awan la time nih... tapi itu moment jatuh chenta sahaja. tidak berchenta lagi di kala februari itu.. bermula april, barulah kitorang memulakan langkah...

isu menyambut Valentine's kitorang ketepikan. tidaklah nak ketepikan jugak isu agama, tapi kami jadikan 14 februari as our LoveDay!!! kalau ikutkan hari kasih sayang ni, bila2 masa pun bole nak sambut.. tapi sebab nama Valentine's dan sejarahnya pada perjuangan agama, kita tidak digalakkan menyambutnya.. tapi, jujurnya pada pandangan aku insan yang punya ilmu agama tak setebal mana ni, sambutan Hari Kasih Sayang pada 14 Februari ni tiada salahnya. kita meraikan 14 februari sebagai hari kasih sayang tapi, bukannya kita meraikan kejayaan pertelingkahan antara Valentine's dgn umat Islam (dan aku tak tau fakta benar tentang cerita valentines ni sebenarnya.. kalau aku salah, tolong perbetulkan ye..).

kita ambil tarikh itu sebagai meraikan cinta dan cinta itu definisinya tidak terhad kepada cinta kepada pasangan opposite kita sahaja kan? kita mahu pupuk budaya kasih sayang itu. tapi, sejak ramai yg perjuangkan bahawa itu haram, maka utk tak tambah dosa sambut hari yg blum tentu dpt pahala ni, ramai yang menolak Valentine's Day kan...

apa pun, semuanya pada niat kita, ada jugak orang yg beramal, tapi dia riak nak tunjuk dia berbuat baik. itu tak ade bezanya dengan orang yang buat maksiat ketika meraikan Valentine's. kan?

tepuk dada, tanya iman.. 

(tiba2 rasa post ni tak best.. so malas sambung.. hikhik.. bole gitu?)

bubye shayanggggggggggggggggs

Wedding Preparations - TIADA!!!

salam chanteks..
hehe.. nak kawen sangat dah ni katanyer.. date dah ade dan mungkin dah confirm dah la tu.. just nak cari satu hari utk both families sit together & decide the date secara rasmi.. our way lah..

as perantin ni dah tau pun datenye, tapi tak reti nak bt mana satu dulu ni haaaa... camana? apa nak patut dimulakan dulu ni? pelamin je dah confirm siap2 dengan IHBC since bertunang dulu lagi dah... ni belum nak dkt tarikh lagi, dah tak reti nak buat ape...

emmm... mana nak mula dulu ni chanteks? or mayb i shud go to wedding exhib dulu baru terbuka pintu hati kot.. hikhik.. ni mesti ari dah dekat nt, baru gelabah monyet.. hikhik..

eh, jom kita gi Wedding Exhib hat SACC this weekend? ayuh...