Followers

Jodoh itu antara kamu berdua, tapi anak itu tanggungjawab...

salam perempuans chantek,

nothing on my wedding prep.. tak ghairah nak update pape sebab date kawen tak de.. hahaha.. survey2 aje la  till we get the date.

kali ni nak share la sikit tentang rumahtangga yang tak pernah lagi ku tempuhi ni haa... bukan tentang alam ini tapi tentang tanggungjawab pada satu hubungan..

ok, seperti yg diketahui (atau mungkin tak tau lagi) Miss Dyll Basri ni ha adalah seorang ticer ye kawan2.. 2 tahun lepas ditempatkan di Kuala Lipis, di sebuah sekolah orang asli yg amat la nyamannya.. (will post sumthing about Betau later okeh...). kehidupan tenang dan nyaman yang perlu dikecapi oleh semua orang.. anda pasti suka tempat ini.. di Betau, benda utama yang harus dipelajari adalah budaya, antara kita dan OA2 itu banyak bezanya...

itu dua tahun dulu, bermula tahun ni, ticer dyll ni mula bertugas di kg halaman sendiri.. nak dijadikan rezeki mintak transfer, dapat walaupun tak de alasan langsung. hehehe... rezeki nak kawen nt ni kot.. ameen..

(meleret lebeyy pulak..)

ok, dalam minggu kedua sekolah tahun ni (dan baru 2 minggu jugak aku di skolah ni), dah 3 kes anak mangsa cerai ditemui... kalau kat skolah, senang sangat nak detect anak kepada pasangan bercerai ni iaitu - anak2 ini bermasalah. iye, tak dinafikan ada jugak yang maintain cemerlang & terurus. tapi ini cerita tentang realiti yg aku sendiri rasa kesiannnnnnnnnnnn sgt...

Chapter 1


Dina baru darjah 2... dalam kelas terakhir. muka dia comell sangat. rambut pendek, nampak macam tomboy skit tapi cute & berani bercakap. tapi each time aku suruh buat latihan, mesti dia akan datang pada aku dan dengan berani & selamba bagitau 'ticer, dina tak bawak buku arini. tinggal kat umah'. dan sebagai cikgu, hati aku ni menyirapppp je.. (hati manusia biasa aku berkata 'eh, nak suruh sape buat latihan kat umah tu? dah la ko tak berapa pandai, buku asyik tak bawak je.. bila nak pandainye cam ni...') tapi bila tengok Dina ni, bila kawan2 dia buat keje, dia ada buku sendiri dan dia menulis macam dia di dunia sendiri je... aku duduk sebelah dia & tanya (dengan serius.. hehehe)..

ticer: mana buku dina?
dina: kat umah
ticer: umah dina kat mane?
dina: kat q7*%&$^#^)(*)
ticer: owh, kat umah tina dok ngan sape?
dina: mak teh (jeng jeng jeng... hati ticer rasa macam dah nak tangkap dah mslh budak ni)
ticer: ibu dina mana?
dina: berniaga (ok, keje cari duit...)
ticer: kat umah dina dok ngan sape lagi?
dina: dgn mak teh, ibu, wan, kakak
ticer: ayah dina mana?
dina: kat puchong, kerja kat sana
ticer: ayah dina balik ujung minggu eh
dina: (tunduk & geleng)
ticer: ibu dengan ayah dina.... (errr sumpah tak sanggup nak sebut perkataan tu walaupun depan budak darjah 2)
dina: bercerai........... (uwaaaaaaaa....)
ticer: dina, lain kali setiap malam, dina cek la jadual dengan buku skolah. tengok jadual, susun buku untuk esok ye.. suruh mak teh tolong.

dari nak marahhhhhhhhhh sangat, hati terus jadi sayu. no wonder budak dina ni macam tak terurus. baju pun tak sebersih budak lain.. buku2 tak terurus.. beraninya pun tak kena tempat.. duh, kesiannya... kalau la mak ayah dia amik berat kan, mesti dina boleh ke sekolah dengan kemas, semua terurus, bersih or at least, dia punya rasa nak belajar yang tinggi....

Chapter 2


dalam english class aku Year 3, Farish tu udah le dok belakang skali. latihan, tunggu ticer dok tepi dia baru nak mula buat. even nak ajak main bingo as english fun activity pun dia nak kena ketuk dulu baru nak bergerak. dengan muka tak bersalahnya, dia mmg nampak rebellllllllllll....

tadi masa semua orang mula hantar homework yang ticer bagi semalam, farish kata buku dia tak de tak tau pegi mana. wah, chantek kah muka kao sesedap rasa sesenang hati nak beri alasan tu aje? ticer panggil dia ke depan bawak sume buku. aku cek satu2, mmg buku tulis utk subjek aku tak de... ticer ni nak layan 40 budak perangai gini, mmg kena sabar banyakkkkkkkkkkkk sangat.. layanan utk anak2 kena setara...

ticer: eh, awak kat rumah buat ape?
farish: main game (pang, rasa je macam nak tampar)
ticer: kat umah dok ngan sape?
farish: dengan ayah (dia dah bergenang..)
ticer: berdua je?
farish: (angguk)
ticer: mak awak?
farish: mak tinggal kat *%*%$^()()&&^^
ticer: adik beradik lain?
farish: adik tinggal dgn mak... mak & ayah dah bercerai...

damnn... lagi sorang anak yang diabaikan.... as usual, dia tak terurus, nak2 tinggal plk dgn ayah. selekeh je..

tak tau la mungkin sebab aku dikelilingi anak2 kecil ni, aku bole kesan yg mana parents dia amik berat and yg mana buat tak tau je kat anak... bukanlah aku nak kata semua anak yg parents nya bercerai tu bermasalah, tidak. tapi ini lah kesannya kalau parents bercerai & tanggungjawab ibu bapa itu lebih tertumpu kepada mencari sumber untuk hidup bersama anak sahaja tanpa ada pengisian kasih sayang dan perhatian...

aku tak nafikan, ramai anak2 yg parentsnya bercerai, excell..terurus. berjaya, menghormati, pandai menghargai sebab itu kejayaan ibu bapa mereka terus mendidik anak yang menjadi tanggungjawab utama. penghormatan tinggi harus diberi pada ibu bapa seperti ini.. tapi, bila tanggungjawab itu tak digalas dengan baik, anak2 jadi mangsa... sebab itu lah orang cakap, kalau nak bercerai ke bergaduh ke, ingat la anak2...

aku kesian sangat dengan anak2 macam ni. kita dapat rasa yang dia mmg nak tarik perhatian kita. nakkan lebih perhatian sebenarnya... tapi, sebagai cikgu, aku harus setara dengan anak2 ini.. menangkan yg bagus, yg tak bagus kecik ati. layankan yg bermasalah, nanti yg tak bermasalah fikir kita manjakan yg itu pulak..

jodoh itu mmg kuasa tuhan, tapi keputusan itu kita yang memilihnya... perpisahan tu antara suami & isteri sahaja tapi hubungan dengan anak2 berpanjangan sampai mati. anak2 ni la tanggungjawab, anak2 ni lah harta...

tahniah kepada mana2 ibu tunggal atau bapa tunggal yang berjaya mendidik & menguruskan anak2 dengan baik sehingga mencapai cemerlang.. aku salute tinggi sangat!!!!

ingat parents, anak2 ini mudah sangat bercerita. mata mereka melihat, telinganya mendengar... hal2 ini akan diorang cerita pada orang yg diorang nak cerita... sedih tapi aku sendiri kena kuat untuk didik anak2 ni.. tak kira latar belakang keluarga, taraf hidup etc...

peringatan untuk kita ye kawan2... if anything happens, ingat pada tanggungjawab kita.

xoxo,

0 perempuan chanteks: