Followers

Saya Bangga Menjadi Sebahagian dari Anda Semua

salam chanteks,

ye, saya bangga menjadi sebahagian dari komuniti ini sebab;

kita mengejar realiti impian yang sama
kita tak lokek bila bersama
kita menyokong setiap satu antara kita
kita sedih bila ada berduka
kita bahagia bila ada yang bergembira
dari satu matlamat menjadi dua
ingin berkahwin dan bersahabat jua
sama2 kongsi idea
sama2 cari bahannya
sama2 kita bercerita
dari bridal ke penjagaan muka
tips masa bujang sampai dah berdua
walaupun di alam maya
silaturrahim tu wujud di mana2

cewahhhhhhhh... 
I'M PROUD TO BE ONE OF U GUYS,




bunch of thanks to Maisarah Madzlan for inviting me to the group (sarah did a lot of sharing when im initially into this wedding2 stuff)
thanks to Lynda & Kina who create the logos
thanks for all the sisters who plays the best role of friends + supporters + commenter

semoga kita mencapai apa yang kita impi dan rancangkan selama ini....
doa yang terbaik untuk kalian semua...

ladies and gentleman my dear sisters,
I LOVE YOU ALL
mmmmuahhhhsssssss




DIY - Favor Box (DESIGN 3)

salam chanteks,
merujuk kepada post sebelum ni, DESIGN 2 banyak menjadi pilihan (mcm la vote sampai 10 kan.. hikhik). so i touch up sket design no.2 tu.. bukan touch up pun, add skit je. so, inilah DESIGN 3...

*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


TARAAAAAAAAAAAAAAAA.....

haaa, view begini lagi cantik kot (perasan..)
pastu letak sticker rectangle kat tengah tu. amacam?



DIY - Favor Box (tapi mahu yang mana satu?)

salam chanteks,..
this week bz skit dgn actvt di tempat keje dan majlis cukur jambul anak saudaraku (our 1st girl)
orang tengah bz2 kenduri kat umah, aku pulak bz2 emcee-ing school event.. tak best btul..

ok, arini nak try deco2 my white box yang murah dan putih itu.
tapi this is the best two yg rasa senang nak buat yet lawo jgk la kot kan...

i bought the doilies from Nadira Ismail, thanks nad.. verry much!!! senang berurusan dgn nad ni haaaa... walaupun dia terlewat anta, dia usaha jgk untuk kita dpt cepat doilies tu.. (nad, nak kaler ijo nanti yer)

ini doorgift Majlis Cukur Jambul anak saudaraku... dalam tu ada muffin and my homemade choc. Pink doily tu beli  kat Nad, the white one beli kat kedai2 kat sini je...
 bole tahan jugak menggila nak buat doorgift baby ni haaaa... simple je tapi ibunya nak lain, makciknya nak lain (macam anak ko plk kan..) hikhik... tapi ini kaedah yang paling senang la kitorang pilih... i suggest my sis letak sticker or at least cop la skit rubber stamp kat doily tu, dia malas.. kedekut la tu...


ok, di bawah adalah antara my favor box deco... pasni nak buat yang kaler ijo plk.. dalam fikir nak DIY deco for white box ni, kena fikir jgk kesukaran membuat benda nih.. makan masa ke tak? senang ke susah? menyusahkan orang lain ke tak? hikhik


mula2 nak letak half doilies tu keliling kotak, tapi bila fikir balik, byk keje nak buat nt... nak menampal dah sekian, nak masuk isi perut doorgift tu plk nt, sekian lagi.. so kita pilih cara yg lebih efektif....

DESIGN 1


 ok, ini keje senang sket.. potong doily tu jadik 2, then tampal je kat atas kotak. so, sekeping doily dah bole deco 2 boxes. 250pcs of doilies dan bole deco 500 boxes. 


1 pack of doily = 250pcs (RM5.00)
2 packs = RM10.00
tambah la skit postage cost, RM7.00 = RM17.00 for our main deco items. JIMAT!!!


im thinking on ordering transparent sticker to put on the box.. empat segi mungkin dah memadai kan..


DESIGN 2
 yang ini pulak lagi la jimat lagi... potong doily tu kepada empat, ambik 1 part tu, tampah kat bucu kotak.. itulah hasilnya. jadi, untuk deco 1000pcs of favor box ni, kita cuma perlukan 250pcs doilies la kan? so, beli 1 pack je dah cukup. LAGI JIMAT!!!




tapi, nak pandangan anda2 semua, mana satu lagi chantek? adalah DESIGN 1 atau DESIGN 2 atau buat je kedua-dua design?


p/s: nak cari vendor untuk transparent sticker yang MURAH!!!

The Perfect Canvas!!!

saya nampak kanvas ini di majlis perkahwinan Ninie Ahmad dan ianya dari TPC.



Mahukan foto cantik anda di atas kanvas yang cantik?!
The Perfect Canvas mampu merealisasikannya!!
Cuma hantarkan foto anda melalui email, TPC akan membantu anda menjadikannya semua nyata.

theperfectcanvas@gmail.com

.... dan bingkai kanvas pilihan anda tiba kepada anda dalam masa seminggu!!!

Mudah + Jimat + Efisyen

Dengan pelbagai opsyen yang ditawarkan, pasti ianya mampu mencapai kehendak anda...


WHITE BORDER CANVAS
(dengan border putih di sisi frame)


FULL WRAP CANVAS
Cuma tambah RM5 (untuk 18x24x31) atau RM10 (untuk saiz yang lebih besar) pada harga kanvas anda untuk memiliki bingkat kanvas tanpa 'white border'.


SPLIT CANVAS
(sehingga 9 panel!!! - sila hubungi TPC untuk quotation)


ART STAND
(hubungi TPC untuk keterangan lanjut)




TPC juga menawarkan khidmatnya untuk tujuan korporat!!

CORPORATE ORDER



TERBARU!!!

FABRIC CANVAS
(ready-stock & pre-order untuk hiasan dinding anda)



MULTIPLE PHOTOS ON ONE CANVAS
(foto-foto anda akan digabung menjadi satu TANPA caj tambahan)



ADD MESSAGES ON YOUR CANVAS


dan pelbagai lagi servis cetakan seperti:

STIKER KERETA, BANNER & BUNTING
dengan harga menarik dan servis yang cepat!!

Mengujakan bukan. 
Jadi, sudah ada kanvas idaman hati?

Jom kita lihat Saiz & Harga yang ditawarkan oleh TPC. Pastinya mampu memenuhi budget dan keperluan anda!!!

Panduan Pembelian & Panduan Imej juga mesti diambilkira tau - bagi melancarkan proses penempahan dan pastinya untuk hasil yang terbaik!!!

Bagaimana mahu bayar dan juga proses penghantaran? Semuanya tersedia di TPC bagi memenuhi keperluan anda.

Oh, banyak lagi yang perlu anda lihat di Galeri TPC..

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? 
hubungi TPC untuk jadikan kanvas anda itu realiti;


The Perfect Canvas (SA0163703-A)

C-5-10 Vista Hatamas

Jalan Hatamas Utama
Bukit Hatamas
43200 Cheras
Selangor, Malaysia


013-2897630
013-3997630

theperfectcanvas@gmail.com

THE PERFECT CANVAS,
Perfect Moment
Perfect Art
Perfect You!!!




Contest Senyum Paling Ceria


As-salam chanteks,
Wah, dalam pada tanya geng BBF tentang keinginan nak join contest, si Hana Yorie telah mencadangkan contest ini. Thanks Hana.. Mudah aje katanye dan setelah dibaca syarat contest, saya yakin betullllllllll saya nak masuk contest ni.. hikhik
Ok, anda juga harus join contest ini macam saya sebab saya percaya, semua orang punya senyuman yang ceria!!!

Berikut adalah syarat-syaratnya:

1. Follow blog namee ini untuk sentiasa update dengan perkembangan contest ini.

2. Buat satu entry yang bertajuk 
Contest Senyum Paling Ceria. 

3.Kemudian letak lah banner contest ni kat sidebar sekali .

4.Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini.

5.Muat naik gambar dan ceritakan mengapa anda gembira di dalam gambar tersebut.heheh..Ala simple simple je :) contoh: Saya gembira kerana baru lepas makan. :D

6.Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :) 


7.Akhir sekali, tag 3 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahu yeah ;)

Wang tunai rm100 dan hadiah menarik dari United States menanti!!! :D

Jadi, inilah gambar senyum ceria saya:
Sad To Go, Happy To Leave!!!
 Saya gembira kerana berjaya mendaki tangki air yang kami gelar dem buat setinggi sekurang2nya 50 meter ni – untuk kali pertama dan terakhir. Gembira juga kerana hari inilah hari terakhir saya bertugas di SK Betau, sebuah sekolah Orang Asli di Kuala Lipis. Sad to go but Happy to leave. Kalau nak cerita tentang Betau, nanti lah kita buat special entry ok. Tapi di sinilah saya rasa saya belajar pahit maung kehidupan seorang pendidik, kesukaran hidup mereka yang jauh tenat dari kita. Tapi saya bangga mencurah bakti di sini, Beautiful Betau…

Ok saya mahu anda juga ceria bersama saya;

Ceria Sokmo, wehhh!!!

Wedding Wedges Shoes

hye chanteks,
as wedgesis so in rite now, im on considering this type of shoes as my wedding shoes + im so comfortable with them. nak berlari senang, nak berjalan ayu pun pastilah sah2 senang...

ayuh kita cuba lihat menarik ke tak ni?

dunno whether it is sequins or the fabric material... shining gitu...

yang begini seperti menarik tapi macam simple sangat. wah, mahu grand sangat ke?
 
ok we can use this idea!!! 
sekarang kan banyak dijual brooch kain macam ni di pasaran. ada bentuk bunga, bentuk ribbon pun ade kan.. so kita bole letak brooch macam tu untuk DIY our wedding shoes!!! last time i went to GM Plaza, this type of brooch cost RM1.50 per piece.. so bole la beli macam2 kaler.. pasang, bukak, pasang, bukak.. try & error..

ok inilah kaler yg saya mahu untuk baju resepsi dan kasut resepsi.. apakah nama warna ini?

dan ape juga nama warna kasut ini?

another DIY ideas!!!
praktikal jugak untuk dibuat sendiri.. tapi mungkin deco begini agak tak sesuai kalau kita pakai kain labuh2... tapi chantek kan... 

fuh, cari macam2 padahal dah ada kasut utk wedding sebanyak 3 pasang.
tapi banyak keputusan yang menambah blur.. 

p/s: My bou mahu black & white untuk theme bertandang... =( kurang setuju


150 hari lagi?!!! Pengsan...

ticker ni memang kadang2 gile rupenye kan.. ingat lagi last time, ticker Put yang miscalculate our days.. dan sekarang, ticker bertuah ini pula buat aku berdebar + gabra + kalut + nak pengsan...

kalau la dengan 150 hari je lagi, aku cadang nak amik cuti sebulan tanpa gaji la kot (over sangat kan...).. hahahaha.. stakat dah beli kotak doorgift aje haaa... baju ntah ke mana, theme color belah lelaki pun ke laut lagi... mujo kasut dah lama ada + dah mintak Nasrah beli satu lagi aritu...

phew, semoga ticker ini akan molek dan sembuh ASAP.. jangan buat gabra aku wehh...

p/s: bila ntah nak DIY kasut. sume bahan dah ada... sifat rajin je tak de lagi..

DIY - Spoon Choc!!!

salam chanteks

*entry kali ni pun manyak gambaus...

ok, kerana arini terlalu rajin, telah terhasil la spoon choc buatan daku.. hikhik.. senang bangat, mari kita lihat bagaimana cara membuatnya.. (ini true sorang2 je buat nih.. kagum dgn diri sendiri)

haaaa itulah dia spoon choc hasil keras tanganku....

ok, mula2 mari kita lihat bahan2 yang diperlukan: 

 dapatkan coumpund choc depends on ur needs... kot nak bt white choc ke, dark ke, milk ke.. fyi, strawberry, orange, lemon choc sume ada di pasaran. tapi this time ku gunakan white sahaja... oh, compound choc ni bole didapati di mana2 kedai barang kek but i bought kat Bagus RM14.90 aje...

 ok selain itu kita juga perlukan 
sudu, 
aluminium pot, 
pewarna pink, 
sudu plastik (ikut la warna pe nak bt - aku jmpa kaler ni je haaa),
dan beads warna warni nak sprinkle atas choc tu nt...


 untuk mendapatkan lebih kurang 30pcs spoon choc, potong la a sub-bar (ada ke term ni?) choc tu...

  potong choc tu tadi letak dlm bekas aluminium

 ini dia colorful beads, pewarna pink (oil type), dan filling setoberi yg dah masuk cone tu.

ok, sekarang ayuh kita lihat cara membuatnya:
 letak air panas dalam bekas (ape jenis pun suka ati la korang...)

 letak la aluminium pot tu kat atas dia - double boiled - tak boil jgk la kan sbb buat atas darat..

 kacau utk cairkan
 dan kacau lagi sehinga cair sumenye...

 masukkan pewarna pink (tny kat kedai baking tu pewarna utk coklat ye)

 kacau lagi utk ratakan kaler dia

 kemudian, masukkan la dalam plastik piping tu haaa
kat BWY RM6.00 for 100pcs.

 ikat piping tu tadi, dan inilah benda2 yg kita perlukan utk proses seterusnya..

 ok, utk memudhakan kerja, susun la sudu tu ikut keselesaan anda bekerja.. pipe kan coklat tu skit...

 pastu pipe kan plk filling dia skit...

 and letak lagi choc - cover la sume filling okeh..

 sesudah itu, sprinkle kan sahaja benda rona roni ni haaa...
kemudian, masukkan la sume ni dlm peti ais.. taruk la berapa lama nak.. dia beku kejap je.. tak sampai 15 minit pun..

 ya, inilah dia hasilnya.. 

 untung packaging, beli la plastik lecik yg muat nak letak sudu ni...

pastu ikat je la dgn ape nama benda tu yg bewarna warni... kan dah bole bagi goft kat guests anda... sesuai utk apa2 majlis pun...

fyi jugak, ini la jugak tekniknya untuk buat chocolates macam orang jual mahal2 tu.. senang je kejenye.. tapi sebab benda ni seni kan, tu la org jual mahal skit.. 

jadi b2b, ayuh la kita buat cekelat sendiri utk our wedding gift. tapi aku tak mampu.. hikhik.. skit2 bole la weh.. nak buat 500 over, mmg kena byk tenaga skit la.. tapi tak salah kan klu kita start awal...

selamat mencuba!!!

Majlis Bertandang Akan Diadakan!!!

salam chanteks
masa ada 6 bulan sahaja lagi. kita tolak bulan puasa dan bz dz nak raya - KURANG DARI LIMA BULAN LAGI!!!
dan akan ada majlis bertandang…!!!
Nak suka ke nak tak suka nih? Hikhik…

Khamis adalah hari berdating (lagi!!).  berjumpa mummy tadi to inform that we decided the date and his side harus lah ke rumahku utk memberi kata putus. As my bou pun tiba2 terkeluar soklan

‘belah kita nak buat jugak ke mummy?’ – soklan yang aku tak teringat pun nak tny… (sbb dlm ati mmg target takde majlis bertandang..)
‘eh, buat la… tapi kat mana nak buat tu nanti abang bincang la dgn famie (his sis). Nak buat kat umah tok ke, kat umah mentakab (umah mummy) dah sah tak bole. Susah2 sangat, buat je kat sri Malaysia (his work place), mummy datang glamer2 je laaa..’
mummy memang glamer orangnye...
 Bakal menantu hantu dok depan mummy telan air liur banyak2 kali. Baiklah mummy, cek ikut je la apa kata mummy. Sebenarnya family ni tak penah pun buat majlis menyambut menantu, as I mentioned in previous entry, diorang klu buat pun majlis doa selamat je..

So, hati sedang ready dengan PERTAMBAHAN KOS.. (menantu kedekut, mummy. Nak buat camana..)

Sekarang sume double la maknanya kan.. 

Kotak Doorgift @ Bagus yang bagus

salam chanteks,
 
ok last weekend bersama sahabat, Wai.
menghadiri resepsi Ninie (gojesss),
ke MATTA Fair (emmm, for me so-so aje)
GM Plaza (nak survey2 doorgift)
Chow Kit (carik barang2 buat chocolates)
IKEA (utk tambah menyesakkan keadaan hiks)
dan ke......

BAGUS
Baking Solutions!!!
hunt for my doorgift box dan dah jumpa dan dah beli....
 
inilah dia kotaknya.. white color!!
merujuk kepada wedding my fren, Nana, November tahun lepas, dia gunakan gold box (mcm walimahpedia tu lebih kurang) to put in her doorgifts. dan Nana kata 'Murah je weh, aku beli 28 sen je satu, carik kat kedai jual barang kek'.

alang2, mencari barang buat chocolates kat Bake With Yen, carik2 jugak la kotak sedemikian rupa, tapi tak de, kaler silver ada tapi besau skit.. dan BWY tu tak friendly ok. so big no no no.. saya tidak rekemen kepada kawan2 jika mahu dealing2... ooops.

jadi, tadi pegi la ke Bagus ni kat cawangan Melawati dan inilah hasil dapatan saya ke sana:
ini pack of 500pcs
begitulah di dalamnya
one piece
lipat-lipat
taraaaaaaaaaaaaaaa.....





ok produk ini digelar
FOLDING BOX 4X4X3" (W)

so, i bought 1000pcs. harga dia letak kat situ 15sen sekeping, tapi dia bagi discount 3sen utk setiap keping. jadik, sekeping hanya 12sen sahaja!!!

12sen x 1000pcs = RM120.00

takkan nak bagi kosong gitu je kan, so bole la kita letak doily paper di atas kotak tu. doily yg betul ngam cantik atas box tu adalah bersaiz 3.5inch.. klu 4.5inch tu dia agak besar sikit la.. terlebih daripada surface kotak tu haaaa... tapi klu 4.5 inch tu bole jgk letak, pepandai la kan.. janji hasil keras tangan kita..
macam ni la hias lebih kurang kan... nak colored doily, bole beli kat Nadira


oh, mahu tahu Bagus ni di mana? ini alamat yg kat Melawati
Bagus Marketing
214, Jalan Negara 2,
Taman Melawati, KL
(dekat ngan maybank, terus je - selekoh ke kiri, dan ke simpang kiri)
landmark - opposite to A Cut Above.

Bagus ni jugak ada banyak cawangan:

03-55110688 (Shah Alam)
03-41060688 (Melawati)
03-87365688 (Kajang)
082-253685 (Kuching)
03-41060488 (Permata)
03-33240288 (Klang)
03-61421378 (Kota Damansara)

atau bole lawati laman sesawang nya di http://www.bagus.com.my/index.asp 

kunjungilah Bagus sebab staff dia pun mesra... kedai pun lapanggg...
selamat membeli belah!!!

sharing is caring, saving is smart!!!